Waktu Sembahyang

Gagasan SKSS II

Gagasan SKSS II

Maklumat Terkini

Pengumuman :
SKSS 2 sudah mewujudkan satu tapak Portal di URL http://skss2.freephphostonline.com
Segala maklumat terbaru dan terkini boleh didapati di portal ini .

Tahniah

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan , SKSS 2 telah berjaya menunjukkan peningkatan yang amat cemerlang.
Bil . Calon 5A ~ 51 orang
% Lulus Semua Matapelajaran - 87%
% 5A - 31 %

Ujian TOV 2010 bagi Darjah 2 - 6 akan diadakan pada 26-28 Januari 2010.

Tarikh-tarikh Penting sebelum Persekolahan 2010

27 Dis 2009 ( Ahad ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2010

28 Dis 2009 ( Isnin ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat JKS

29 Dis 2009 ( Selasa ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Unit HEM/ Koko

30 Dis 2009 ( Rabu ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Panitia BM/BI/AI

31 Dis 2009 (Khamis) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Panitia Mt / Sains

02 Januari 2010 ( Sabtu ) - Masa 08.00 pg - Pendaftaran Tahun 1 dan penjualan Buku Latihan & peralatan persekolahan.

03 Januari 2010 ( Ahad ) - 07.30 pg - Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2010

28 Januari 2010 ( Khamis ) - 07.00 mlm - Majlis Solat Hajat Pertama ibu bapa / Murid Tahun 6

- Program Motivasi Murid Tahun 6

30 Januari 2010 ( Sabtu ) - Hari Persekolahan Ganti Cuti Tahun Baru Cina ( Jadual Rabu)
- Gotong Royong Perdana

06 Februari 2010 ( Sabtu ) - Hari Persekolahan Ganti Cuti Tahun Baru Cina ( Jadual Khamis )

- Merentas Desa dan Sukaneka

* Semua guru SKSS2 , sila ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya terhadap tarikh-tarikh di atas .
Sebarang masalah sila hubungi pihak pengurusan sekolah di no telefon : 09-6221915.

Sekian .



JADUAL TOV DAN OTI 2010. SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU

1. Ujian Pengesanan ( TOV )
Tarikh Ujian : 26 - 28 Januari 2010
Mata Pelajaran : Teras dan Pendidikan Islam
Tahun : 2 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 21 Jan. 2010 ( Khamis )

2. OTI 1
Tarikh Ujian : 9 - 11 Mac 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 3 Mac 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
12 Mac 2010 hingga 20 Mac 2010 ( 9 hari )

3. OTI 2 ( Pertengahan Tahun )
Tarikh Ujian : 23 - 27 Mei 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 19 Mei 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
28 Mei 2010 hingga 12 Jun 2010 ( 16 hari )

4. Pra Percubaan UPSR
Tarikh Ujian : 4 - 6 Julai 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 30 Jun 2010 ( Rabu )

5. OTI 3 [Percubaan UPSR]
Tarikh Ujian : 27 - 29 Julai 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 15 Julai 2010 ( Khamis )

6. Tambah Nilai UPSR
Tarikh Ujian : 24 - 26 Ogos 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 19 Ogos 2010 ( Khamis )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
3 Sept 2010 hingga 11 Sept 2010 ( 9 hari )

7. *UPSR / OTI 4
Tarikh Ujian : 20 - 22 Sept. 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 5
Ambil Soalan : 15 Sept. 2010 ( Rabu )

8. OTI 5 [Peperiksaan Akhir Tahun]
Tarikh Ujian : 31 Oktober - 4 November 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 5 ( Tahun 6 tidak termasuk Kertas UPSR )Ambil Soalan : 26 Okt. 2010 ( Selasa )



Monday, June 30, 2008

Harapan SKSS II

Sharifah Nurul Husna Bt Syed Ibrahim Halmi , pelajar tahun 6 Ibnu Sina telah muncul sebagai juara Doktor Muda Terengganu 2008 dan akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 17 JUN di Melaka. Warga SKSS II berharap Sharifah Husna mengukir kejayaan yang cemerlang nanti. Bersama-sama kita iringi pemergian Sh. Husna ke Melaka dengan doa dan harapan .

A Word A Day

What are root words?
A root word is a word that has nothing added at the beginning or the end. It stands on its own as a word, it has a meaning. New words can be made from root words by adding beginnings (prefixes) and endings (suffixes). more.....

Sambutan Hari Guru


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2008 dengan tema "Guru Cemerlang Negara Terbilang" . Pelbagai acara telah dilangsungkan oleh warga SKSS II . Antara acara yang diadakan ialah perhimpunan khas , pembahagian ais krim , sukaneka ( Pancing Botol, Terompah Gergasi , Melastik , Bawa Guli Dengan Chopstik , Bola Jaring dan lain-lain . Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru pada tahun ini . Guru Segak - Cg Zulkifli Salleh , Guru Anggun - Cg Marihan Ishak , Guru Sporting - Tn Hj Ahmad Muda (GB) , Guru Perkasa ( Anugerah Khas ) - Seng Beng Hin . Tahniah kepada guru-guru yang terpilih menerima hadiah dalam kategori yang dipertandingkan . lihat gambar....

Penajaan Countdown UPSR


SKSS II telah menerima penajaan Countdown UPSR 2008 oleh Bank Rakyat Cawangan Terengganu . Majlis penyerahan tersebut telah diadakan pada 14 Mei 2008.

Peperiksaan OTI 2


Saya mewakili guru-guru SKSS II , mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 / OTI 2 - semoga semua murid dapat mendapat soalan yang dikemukakan dengan baik serta memperolehi keputusan yang cemerlang.

Lawatan PSS

Lawatan Pengawas Pusat Sumber ke SMK Intan Zaharah Dungun dan SK Padang Mengkuang, Marang telah diadakan pada hari ini (06 Mei 2008 ) . Seramai 80 orang murid diiringi 6 orang guru menyertai lawatan ini. Berita selanjutnya selepas ini.

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa dan Sukaneka 2008 telah diadakan pada 27 April 2008 ( Ahad ) . Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKSS II termasuklah ibu bapa dan penjaga yang telah datang memeriahkan kejohanan tersebut dengan jayanya.

Lawatan MGB Kubang Pasu

Pada 13 April 2008 rombongan dari Majlis Guru Besar daerah Kubang Pasu telah mengadakan Lawatan Muhibah ke SK Sultan Sulaiman II . Rombongan ini terdiri daripada 65 orang Guru Besar dari daerah Kubang Pasu , Kedah . Ahli rombongan telah diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar , Tuan Haji Ahmad bin Muda . SKSS II juga telah menghulurkan beberapa cenderamata sebagai tanda ingatan serta rombongan telah dijamukan dengan nasi dagang . Gambar sekitar lawatan tersebut boleh dilihat pada menu Photo Gallery .

Peta ke SKSS II

Blog Master - zulmz65 - 2008