Waktu Sembahyang

Gagasan SKSS II

Gagasan SKSS II

Maklumat Terkini

Pengumuman :
SKSS 2 sudah mewujudkan satu tapak Portal di URL http://skss2.freephphostonline.com
Segala maklumat terbaru dan terkini boleh didapati di portal ini .

Tahniah

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan , SKSS 2 telah berjaya menunjukkan peningkatan yang amat cemerlang.
Bil . Calon 5A ~ 51 orang
% Lulus Semua Matapelajaran - 87%
% 5A - 31 %

Ujian TOV 2010 bagi Darjah 2 - 6 akan diadakan pada 26-28 Januari 2010.

Tarikh-tarikh Penting sebelum Persekolahan 2010

27 Dis 2009 ( Ahad ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2010

28 Dis 2009 ( Isnin ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat JKS

29 Dis 2009 ( Selasa ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Unit HEM/ Koko

30 Dis 2009 ( Rabu ) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Panitia BM/BI/AI

31 Dis 2009 (Khamis) Masa 08.30 pg - Mesyuarat Panitia Mt / Sains

02 Januari 2010 ( Sabtu ) - Masa 08.00 pg - Pendaftaran Tahun 1 dan penjualan Buku Latihan & peralatan persekolahan.

03 Januari 2010 ( Ahad ) - 07.30 pg - Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2010

28 Januari 2010 ( Khamis ) - 07.00 mlm - Majlis Solat Hajat Pertama ibu bapa / Murid Tahun 6

- Program Motivasi Murid Tahun 6

30 Januari 2010 ( Sabtu ) - Hari Persekolahan Ganti Cuti Tahun Baru Cina ( Jadual Rabu)
- Gotong Royong Perdana

06 Februari 2010 ( Sabtu ) - Hari Persekolahan Ganti Cuti Tahun Baru Cina ( Jadual Khamis )

- Merentas Desa dan Sukaneka

* Semua guru SKSS2 , sila ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya terhadap tarikh-tarikh di atas .
Sebarang masalah sila hubungi pihak pengurusan sekolah di no telefon : 09-6221915.

Sekian .



JADUAL TOV DAN OTI 2010. SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU

1. Ujian Pengesanan ( TOV )
Tarikh Ujian : 26 - 28 Januari 2010
Mata Pelajaran : Teras dan Pendidikan Islam
Tahun : 2 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 21 Jan. 2010 ( Khamis )

2. OTI 1
Tarikh Ujian : 9 - 11 Mac 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 3 Mac 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
12 Mac 2010 hingga 20 Mac 2010 ( 9 hari )

3. OTI 2 ( Pertengahan Tahun )
Tarikh Ujian : 23 - 27 Mei 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 19 Mei 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
28 Mei 2010 hingga 12 Jun 2010 ( 16 hari )

4. Pra Percubaan UPSR
Tarikh Ujian : 4 - 6 Julai 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 30 Jun 2010 ( Rabu )

5. OTI 3 [Percubaan UPSR]
Tarikh Ujian : 27 - 29 Julai 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 15 Julai 2010 ( Khamis )

6. Tambah Nilai UPSR
Tarikh Ujian : 24 - 26 Ogos 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 19 Ogos 2010 ( Khamis )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
3 Sept 2010 hingga 11 Sept 2010 ( 9 hari )

7. *UPSR / OTI 4
Tarikh Ujian : 20 - 22 Sept. 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 5
Ambil Soalan : 15 Sept. 2010 ( Rabu )

8. OTI 5 [Peperiksaan Akhir Tahun]
Tarikh Ujian : 31 Oktober - 4 November 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 5 ( Tahun 6 tidak termasuk Kertas UPSR )Ambil Soalan : 26 Okt. 2010 ( Selasa )



Saturday, November 29, 2008

Al Fatihah


Pemergian Razali Satu Kerugian, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada Umno dan kementerian tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Razali merupakan seorang yang berbakat dan telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpengalaman luas dan anggota Parlimen yang berkaliber.

Katanya sebagai timbalan menteri, Razali juga arif dengan dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya itu.

"Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan dia meninggal dunia," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia yang ke-29 di sini.

Abdullah turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan dengan berita tersebut.

"Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mempunyai apa-apa penyakit ataupun penyakit jantung," katanya.

Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang, ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Razali meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

-- BERNAMA

Peta ke SKSS II

Blog Master - zulmz65 - 2008